Rabu, 24 November 2010

Ajaaiiibb Teeenaaannnn...!!!!

the magic

Thursday, 4 November 2010


bismillah...

alhamdulillah, masih selamat meneruskan hidup di bumiNya ini.
masih selamat bernafas menghirup udaraNya yang tak pernah sesaat pun putus ini.
masih boleh bersenang-lenang walau di kala waktu ada ujian Dia bagi.
walhamdulillah, segala aturanNya adalah, memang, pastinya, dan akan sentiasa yang terbaik buat kita.

bercakap pasal aturan, memang kena dengan modul yang sedang kami pelajari sekarang. Nervous system. sistem yang katanya 'meng'control seluruh body functions. macamana setiap organ dalam badan kita terbentuk dengan sel sebagai unit functionnya, nervous system ni pulak berjalan dengan adanya neuron2 yang bekerja menghantar impulse.




























sumber sini

terngiang2 rasanya bilamana Dr Maha berulang kali menyatakan bahawa "the magic is in us!" tika beliau bercerita mengenai sensation. mengenai ketakjubannya terhadap kurniaan Allah ini. tentang bagaimana pantasnya deria kita bertindak terhadap stimulus yang datang. semua orang melaluinya sejak kecil. semua orang bertindak terhadap perkara asing yang datang secara tiba-tiba.

respons yang spontan. kita pun tak sedar macamana kita lakukannya. tapi, bila tahu mendalam mengenainya, rasa ketakjuban itu, pada diri sendiri. bagaimana kompleksnya pathways yang setiapnya berbeza mengikut stimulus yang datang. sistem2 dalam badan kita ini jarang sekali Allah songsangkan aturannya. tak terbanding langsung dengan segala mesin yang paling lagi maha tercanggih yang pernah manusia cipta setakat ini.

hari berganti. bulan datang dan pergi. setiap saat kita belajar. bertemu perkara baru. semasa kecil, kita menyuakan semua benda yang dijumpai ke dalam mulut. lama-kelamaan memori akan tercipta mengenai benda tersebut, sama ada baik atau buruk. kemudian, kita mula berjalan. langkahan pertama kedua ketiga dan seterusnya akan sentiasa menemui kegagalan, tetapi sentiasa bertambah stabil. kerana adanya memori yang merekodkan data. kita semakin tahu baik buruk sesuatu.






ajaib? kita lebih ajaib !











subhanallah... itu sistem yang Allah cipta, susun secantiknya untuk kita. baiknya Dia, diatur sekemasnya tika kita tak tahu apa-apa. lantas, bila kita sudah tahu macam-macam, ke arah mana kita halakan langkah? mari. sama2. waktu untuk reflek diri.

Oh Alam!

Monday, May 25, 2009



Buah apakah ini?pelik bin ajaib dah ni..mcm muka hantu pon ada..hoho..buah ajaib ini kalau tak silap aku dijumpai di Thailand..xtau la btol ke x..hanya tuhan saja yg tau kot..hmmm


apa pendapat anda tentang buah yang iras2 muka manusia ni? eyyy..aku pn dah naik gerun tgk buah ni..sama2 kita Renungkan!..



apa komen anda tentang gambar nih plak?Renung renungkanlah..selamat beramah..bak kata ustaz yang selalu muncul dekat radio Hot fm setiap kali sebelum and selepas azan(lupa plak nama ustaz tu )